Hai semua ! Perlukan perkhidmatan cuci gambar? Tidak perlu risau lagi. Mari singgah di igshop @nawa.shop_ untuk lebih lanjut !!
waewaeblog
Khamis, 31 Disember 2020
POLAROID GLOSSY !!!
Isnin, 28 Disember 2020
DEWA- DEWA ROM
Mari kenali dewa-dewa Rom dalam mitos Greece.
1) Jupiter - Raja Dewa-dewi
2) Juno - Ratu Dewa-dewi
3) Cupid - Dewa Cinta
4) Bacchus - Dewa Wain
5) Diana - Dewi Bulan dan pemburuan
6) Fortuna - Dewi Nasib
7) Apollo - Dewa matahari, tarian, muzik dan perayaan
8) Ceres - Dewa Bumi
9) Janus - Dewi Pintu
10) Mars - Dewa Perang
11) Minerra - Dewa Kebijaksanaan
12) Venus - Dewi Cinta
13) Mercurius - Dewa Utusan
14) Vulcanus - Dewa Tukang Logan
15) Pluto - Raja Alam Roh
Khamis, 17 Disember 2020
Tragedi Tenggelamnya Kapal MV Sewol
Rabu, 16 Disember 2020
SIAPA ITU HERCULES ?
Harini saya akan memperkenalkan seorang tokoh Rom yang tidak asing lagi bagi anda semua iaitu Hercules. Siapa itu HERCULES ?
Hercules adalah seorang tokoh Rom dari mitos Greece. Kisah Hercules juga telah diadaptasikan menjadi filem bahkan juga menjadi kisah untuk kanak- kanak. Hercules merupakan putera kepada Zeus iaitu seorang dewa teragung Olympia bersama Alcmena yang dipercayai wanita simpanan kepada Raja Zeus.
Oleh yang demikian bermula lah kisah hidup Hercules in. Pada mulanya Hercules telah dilahirkan oleh Alcmena di Thebes namun Alcmena tidak mampu untuk menjaganya lalu menghantarnya ke Olympia. Jadi, Alcmena meletakkan Hercules di hadapan pintu masuk Olympus. Isteri kepada Raja Zeus cemburu dan tidak menyukai tentang kehadiran Hercules ITU mula melakukan pelbagai cara untuk mengusir Hercules. Antaranya ialah, ketika Hercules berumur 7 minggu, Hera (isteri Zeus) telah menghantar seeokor ular berbisa untuk membunuh Hercules yang sedang tidur. Namun, berlaku yang sebaliknya pula. Hercules yang masih kecik itu yang membunuh ular tersebut. Jadi, raja Zeus mempercayai bahawa Hercules mempunyai kekuatan seperti dirinya.
Hercules mula bekerja kepada Ara Maxima dan menjadi seorang juara dan seorang pejuang besar yang melindungi dunia. Ini kerana Hercules berjaya menewaskan banyak raksasa berbahaya di zaman nya itu. Pengorbanan dirinya diperoleh semasa pendakian ke alarm Olimpia dan diaambut oleh para dewa. Antaranya pengembaraan terbesar Hercules disebut dalam 12 Labour of Hercules.
Khamis, 3 Disember 2020
ASAL USUL KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar adalah sebuah Bandar Diraja dan merupakan salah satu bandar bersejarah di Perak.
Pada zaman dahulu, para penduduk menggunakan sungai jalan perhubungan dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini kerana kawasan tersebut berhutan tebal serta berdekatan dengan sungai. Sungai Perak yang mengalir dari hulu hingga hilir di sebelah selatan.
Tersebutlah kisah Sultan Muzaffar iaitu raja pertama di negeri Perak menyusur ke pantai Selat Melaka bersama rombongannya. Maka, tibalah baginda di suatu muara sungai lalu baginda pun berhentilah untuk berehat dan berkampung namun tempat itu tidak sesuai untuk bersemayam. Jadi baginda meneruskan perjalanan untuk mencari kawasan untuk bersemayam. Maka banyaklah anak sungai yang dilewati namun tiada satu pun sesuai untuk baginda bersemayan.
Baginda meneruskan perjalanannya lagi sehingga tiba di suatu sungai. Tiba-tiba salah seorang pengayuh tercampak dalam sungai tersebut dan tidak dapat diselamatkan. Maka baginda bertitah untuk menamakan sungai tersebut sebagai Lubuk Buaya. Manakala Kuala Sungai Cermin pula dinamai kerana air sungainya yang amat dingin dan jernih.
Maka tibalah di suatu anak sungai yang mengalir perlahan ke Sungai Perak. Kemudian baginda bertitah untuk berehat sebentar di situ. "Kita singgah di sungai itu, nampaknya kawasan itu cantik dan rata. Oh ya ditepi tebing juga ada bukit" kata baginda. Baginda bertanya kepada bendaharanya " Anak sungai ke berapakah ini ?". Maka dia menjawab " Ini anak sungai yang kesembilan puluh sembilan tuanku". "Oh maknanya ini kuala kurang seratus" kata baginda. Lalu baginda berhajat untuk memberi nama tempat tersebut sebagai Kuala Kurang Satu. Dan lama kelamaan penduduk di situ memanggil tempat tersebut sebagai Kuala Kangsar kerana mereka mula memudahkan panggilan tersebut dari zaman ke zaman.
Selasa, 1 Disember 2020
SUPRISEBOX !!!
HAI SEMUA !!!!
Birthday best friend anda dah dekat tapi tak beli hadiah lagi ? Anniversary pon dah dekat tapi belum sediakan apa-apa lagi ? Nak hadiah yang special tapi dengan harga yang berpatutan ? Mudah sahaja. Sini saya kongsikan beberapa jenis kotak coklat untuk 'suprise' kan si dia. Hanya order dan sampai >< Semuanya ada di @nawa.shop_
SET SUPRISE BOX ADA MACAM-MACAM JENIS TAU
Mari-mari kita tengok set suprise box apa yang menanti anda
1) SET MEDIC KIT
Rabu, 11 November 2020
KENALI KAUM DI MALAYSIA
KENALI KAUM DI MALAYSIA (PART 2)
1) BABA DAN NYONYA
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
2) SUKU BAJAU
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku
kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad
lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau
adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.
3) SUKU MOMOGUN RUNGUS
Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud.
4) SUKU KADAZANDUSUN
Kaum Kadazandusun atau Bangsa Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Mamasok" yang ertinya "orang asal" ataupun "orang asli". Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.
5) SUKU IBAN
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tarian tradisional mereka adalah Tarian Ngajat.
POLAROID GLOSSY !!!
Hai semua ! Perlukan perkhidmatan cuci gambar? Tidak perlu risau lagi. Mari singgah di igshop @nawa.shop_ untuk lebih lanjut !! Ini adalah ...
-
https://ko.wikipedia.org/wiki/File:Ferry_Sewol_1.jpg Kisah ini terjadi sekitar 6 tahun yang lalu iaitu pada 16 April 20...