https://ko.wikipedia.org/wiki/File:Ferry_Sewol_1.jpg
Kisah ini terjadi sekitar 6 tahun yang lalu iaitu pada 16 April 2014. Kronologi tragedi ini bermula pada 15 April 2020 apabila Kapal MV Sewol ini dijadualkan untuk berlayar dri Incheon pada pukul 6.30 petang ( waktu setempat ) namun pelayaran mereka tertangguh akibat kabus tebal. Kabus tebal tersebut menyebabkan kesukaran kepada pengemudi kapal untuk memandu kerana jarak pandangan kurang dari 1 kilometer. Jadi, pelayaran mereka ditunda keesokan harinya.
Pada 16 April 2014, Kapal MV Sewol mula memasuki Terusan Maenggol di perairan Korea Selatan sekitar jam 8.30 pagi iaitu perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju. Perjalanan berjalan lancar sehinggalah juru kemudi membuat pusingan secara mengejut dan mengakibatkan kapal condong. Beberapa minit kemudian, kapal mula condong sebanyak 30 darjah. Hal itu mengakibatkan kapal dimasuki air serta bekalan lampu terpadam. Menyedari tentang masalah itu, kapten kapal yang berada di kabin persendiriannya bergegas untuk melihat kejadian yang berlaku. Jurutera kapal kemudiannya mematikan enjin kapal. Kesannya, kapal tidak berubah arah dan mula hanyut ke tepi.
Pada ketika itu, para penumpang mula panik kerana bahagian kapal telah pon dinaiki air. Kemudian, kapten kapal memberi arahan supaya memakai jaket keselamatan dan perlu berada di kabin masing-masing. Penumpang- penumpang kapal tersebut terdiri daripada pelajar dan guru sekolah menengah dari Sekolah Menengah Danwon di bandar Ansan serta beberapa orang warga asing. Sebahagian daripada penumpang tidak mengendahkan arahan yang diberikan jadi mereka mula melompat keluar dari kapal untuk menyelamatkan diri. Kapal MV Sewol ini mengambil masa 2 jam sebelum tenggelam sepenuhnya.
Seramai 304 orang penumpang serta anak kapal maut dalam kejadian itu dan 9 orang daripadanya masih kekal hilang. 254 mangsa maut tersebut merupakan para pelajar sekolah menegah dan guru sekolah tersebut. Selain itu, seramai 172 orang berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat dan bantuan daripada nelayan- nelayan di sekitar kawasan itu. Antara mangsa yang terselamat dari kejadian itu ialah kapten kapal, ketua jurutera, ketua kelasi serta timbalannya. Kapten dan yang lain mula melompat ke luar kapal untuk menyelamatkan diri masing-masing sedangkan para penumpang lain masih berada di kabin mereka menunggu bantuan tiba. Perkara ini menyebabkan orang awam marah dan tidak berpuas hati dengan sikap kapten kapal serta kru-krunya yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, perbicaraan telah dijalankan untuk membela nasib mangsa-mangsa tersebut. Pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada pengendali keselamatan muatan dan pemerikasaan kapal. Ini kerana, didapati bahawa kapal tersebut telah membawa lebihan muatan kargo dan penyusunan barang yang tidak mengikut garis panduan. Kemudian, seramai 15 orang anak kapal telah ditahan atas pertuduhan cuai manakala kapten kapal dan ketua jurutera telah dikenakan hukuman penjara selama 36 tahun dan 30 tahun masing-masing. Selain itu, CEO syarikat cargo serta beberapa orang pekerjanya itu juga telah dikenakan penjara selam 10 tahun atas pertuduhan membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.
http://www.satuharapan.com/uploads/pics/news_24908_1415691619.jpg
Rayuan telah dibuat untuk mengurangkan tempoh hukuman. Setelah rayuan, kapten kapal hanya menerima hukuman penjara selama 25 tahun manakala hukuman penjara ketua jurutera juga dikurangkan kepada 10 tahun. CEO syarikat kargo pula dikurangkan kepada 7 tahun dan anak kapal selama 12 tahun sahaja.
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan tragedi tenggelamnya Kapal MV Sewol ini ialah masalah kecuaian manusia serta sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak boleh memicu kepada kematian ramai orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan