Khamis, 3 Disember 2020

ASAL USUL KUALA KANGSAR

 Kuala Kangsar adalah sebuah Bandar Diraja dan merupakan salah satu bandar bersejarah di Perak.

 

Uploading: 1996781 of 1996781 bytes uploaded.
https://i2.wp.com/www.lokalocal.com/blog/wp-content/uploads/2019/08/Kuala-Kangsar-Things-to-DO.jpg?fit=1200%2C628&ssl=1

    Pada zaman dahulu, para penduduk menggunakan sungai jalan perhubungan dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini kerana kawasan tersebut berhutan tebal serta berdekatan dengan sungai. Sungai Perak yang mengalir dari hulu hingga hilir di sebelah selatan.

    Tersebutlah kisah Sultan Muzaffar iaitu raja pertama di negeri Perak menyusur ke pantai Selat Melaka bersama rombongannya. Maka, tibalah baginda di suatu muara sungai lalu baginda pun berhentilah untuk berehat dan berkampung namun tempat itu tidak sesuai untuk bersemayam. Jadi baginda meneruskan perjalanan untuk mencari kawasan untuk bersemayam. Maka banyaklah anak sungai yang dilewati namun tiada satu pun sesuai untuk baginda bersemayan.

    Baginda meneruskan perjalanannya lagi sehingga tiba di suatu sungai. Tiba-tiba salah seorang pengayuh tercampak dalam sungai tersebut dan tidak dapat diselamatkan. Maka baginda bertitah untuk menamakan sungai tersebut sebagai Lubuk Buaya. Manakala Kuala Sungai Cermin pula dinamai kerana air sungainya yang amat dingin dan jernih. 

    Maka tibalah di suatu anak sungai yang mengalir perlahan ke Sungai Perak. Kemudian baginda bertitah untuk berehat sebentar di situ. "Kita singgah di sungai itu, nampaknya kawasan itu cantik dan rata. Oh ya ditepi tebing juga ada bukit" kata baginda. Baginda bertanya kepada bendaharanya " Anak sungai ke berapakah ini ?". Maka dia menjawab " Ini anak sungai yang kesembilan puluh sembilan tuanku". "Oh maknanya ini kuala kurang seratus" kata baginda. Lalu baginda berhajat untuk memberi nama tempat tersebut sebagai Kuala Kurang Satu. Dan lama kelamaan penduduk di situ memanggil tempat tersebut sebagai Kuala Kangsar kerana mereka mula memudahkan panggilan tersebut dari zaman ke zaman. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

POLAROID GLOSSY !!!

Hai semua ! Perlukan perkhidmatan cuci gambar? Tidak perlu risau lagi. Mari singgah di igshop @nawa.shop_ untuk lebih lanjut !!  Ini adalah ...