Rabu, 11 November 2020

KENALI KAUM DI MALAYSIA

KENALI KAUM DI MALAYSIA (PART 2)


https://sarawakvoice.com/2019/08/21/perpaduan-kaum-penting-di-malaysia/

1) BABA DAN NYONYA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.


2) SUKU BAJAU

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.


3) SUKU MOMOGUN RUNGUS

Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud.

 

4) SUKU KADAZANDUSUN

Kaum Kadazandusun atau Bangsa Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Mamasok" yang ertinya "orang asal" ataupun "orang asli". Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.


5) SUKU IBAN 

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tarian tradisional mereka adalah Tarian Ngajat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

POLAROID GLOSSY !!!

Hai semua ! Perlukan perkhidmatan cuci gambar? Tidak perlu risau lagi. Mari singgah di igshop @nawa.shop_ untuk lebih lanjut !!  Ini adalah ...