Khamis, 31 Disember 2020

POLAROID GLOSSY !!!

Hai semua ! Perlukan perkhidmatan cuci gambar? Tidak perlu risau lagi. Mari singgah di igshop @nawa.shop_ untuk lebih lanjut !! 


Ini adalah beberapa contoh Polaroid glossy 




Ada 3 jenis print Polaroid yang boleh anda dapatkan.

1) BASIC GLOSSY
- RM 1.20 per pcs
- Promo package : 15 pcs for Rm16

 
2)  DIY GLOSSY
 - RM 1.50

3) BACKGROUND GLOSSY
- RM 1.30 per pcs
- Promo package : 10 pcs for RM 10

Mari kita penuhkan album mana tahu boleh mengimbau kenangan lalu ><







Isnin, 28 Disember 2020

DEWA- DEWA ROM

Mari kenali dewa-dewa Rom dalam mitos Greece.

1) Jupiter - Raja Dewa-dewi

https://dreamingandsleeping.com/jupiter-roman-god-mythology-symbolism/

2) Juno - Ratu Dewa-dewi

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/97/Juno_Sospita_Lanuvium.jpg


3) Cupid - Dewa Cinta 

http://greekgodsparadise.com/2018/06/11/eros-greek-god-of-love-roman-name-cupid/

4) Bacchus - Dewa Wain 

https://www.greekmythology.com/Other_Gods/Dionysus/dionysus.html

5) Diana - Dewi Bulan dan pemburuan 

https://simple.wikipedia.org/wiki/Diana_%28mythology%29


6) Fortuna - Dewi Nasib 

https://simple.wikipedia.org/wiki/Fortuna_%28mythology%29

7) Apollo - Dewa matahari, tarian, muzik dan perayaan 

https://www.pinterest.com/pin/639300109578154184/


8) Ceres - Dewa Bumi 

https://cdn.britannica.com/76/7276-050-97CDEFAC/Ceres-Classical-sculpture-Vatican-Museum.jpg

9) Janus - Dewi Pintu 

https://the-demonic-paradise.fandom.com/wiki/Janus

10) Mars - Dewa Perang 

Religion-wiki
Mars (mythology) | Religion-wiki | Fandom


11) Minerra - Dewa Kebijaksanaan 

https://www.crystalinks.com/minerva.html


12) Venus - Dewi Cinta 

https://www.pinterest.com/pin/515240013591355130/


13) Mercurius - Dewa Utusan 

https://en.wikipedia.org/wiki/Mercury_%28mythology%29


14) Vulcanus - Dewa Tukang Logan 

https://mythology.wikia.org/wiki/Vulcan


15) Pluto - Raja Alam Roh 

https://static.wikia.nocookie.net/mythology/images/e/ed/Pluto%2C_God_of_the_Underworld.jpg/revision/latest?cb=20200831184149










Khamis, 17 Disember 2020

Tragedi Tenggelamnya Kapal MV Sewol

     
https://ko.wikipedia.org/wiki/File:Ferry_Sewol_1.jpg

           Kisah ini terjadi sekitar 6 tahun yang lalu iaitu pada 16 April 2014. Kronologi tragedi ini bermula pada 15 April 2020 apabila Kapal MV Sewol ini dijadualkan untuk berlayar dri Incheon pada pukul 6.30 petang ( waktu setempat ) namun pelayaran mereka tertangguh akibat kabus tebal. Kabus tebal tersebut menyebabkan kesukaran kepada pengemudi kapal untuk memandu kerana jarak pandangan kurang dari 1 kilometer. Jadi, pelayaran mereka ditunda keesokan harinya. 

        Pada 16 April 2014, Kapal MV Sewol mula memasuki Terusan Maenggol di perairan Korea Selatan sekitar jam 8.30 pagi iaitu perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju. Perjalanan berjalan lancar sehinggalah juru kemudi membuat pusingan secara mengejut dan mengakibatkan kapal condong. Beberapa minit kemudian, kapal mula condong sebanyak 30 darjah. Hal itu mengakibatkan kapal dimasuki air serta bekalan lampu terpadam. Menyedari tentang masalah itu, kapten kapal yang berada di kabin persendiriannya bergegas untuk melihat kejadian yang berlaku. Jurutera kapal kemudiannya mematikan enjin kapal. Kesannya, kapal tidak berubah arah dan mula hanyut ke tepi.

       Pada ketika itu, para penumpang mula panik kerana bahagian kapal telah pon dinaiki air. Kemudian, kapten kapal memberi arahan supaya memakai jaket keselamatan dan perlu berada di kabin masing-masing. Penumpang- penumpang kapal  tersebut terdiri daripada pelajar dan guru sekolah menengah dari Sekolah Menengah Danwon di bandar Ansan serta beberapa orang warga asing. Sebahagian daripada penumpang tidak mengendahkan arahan yang diberikan jadi mereka mula melompat keluar dari kapal untuk menyelamatkan diri. Kapal MV Sewol ini mengambil masa 2 jam sebelum tenggelam sepenuhnya.

http://www.satuharapan.com/uploads/pics/news_15219_1397914433.jpg

             Seramai 304 orang penumpang serta anak kapal maut dalam kejadian itu dan 9 orang daripadanya masih kekal hilang. 254 mangsa maut tersebut merupakan para pelajar sekolah menegah dan guru sekolah tersebut. Selain itu, seramai 172 orang berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat dan bantuan daripada nelayan- nelayan di sekitar kawasan itu. Antara mangsa yang terselamat dari kejadian itu ialah kapten kapal, ketua jurutera, ketua kelasi serta timbalannya. Kapten dan yang lain mula melompat ke luar kapal untuk menyelamatkan diri masing-masing sedangkan para penumpang lain masih berada di kabin mereka menunggu bantuan tiba. Perkara ini menyebabkan orang awam marah dan tidak berpuas hati dengan sikap kapten kapal serta kru-krunya yang tidak bertanggungjawab. 

            Oleh itu, perbicaraan telah dijalankan untuk membela nasib mangsa-mangsa tersebut. Pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada pengendali keselamatan muatan dan pemerikasaan kapal. Ini kerana, didapati bahawa kapal tersebut telah membawa lebihan muatan kargo dan penyusunan barang yang tidak mengikut garis panduan. Kemudian, seramai 15 orang anak kapal telah ditahan atas pertuduhan cuai manakala kapten kapal dan ketua jurutera telah dikenakan hukuman penjara selama 36 tahun dan 30 tahun masing-masing. Selain itu, CEO syarikat cargo serta beberapa orang pekerjanya itu juga telah dikenakan penjara selam 10 tahun atas pertuduhan membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

http://www.satuharapan.com/uploads/pics/news_24908_1415691619.jpg

            Rayuan telah dibuat untuk mengurangkan tempoh hukuman. Setelah rayuan, kapten kapal hanya menerima hukuman penjara selama 25 tahun manakala hukuman penjara ketua jurutera juga dikurangkan kepada 10 tahun. CEO syarikat kargo pula dikurangkan kepada 7 tahun dan anak kapal  selama 12 tahun sahaja. 

        Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan tragedi tenggelamnya Kapal MV Sewol ini ialah masalah kecuaian manusia serta sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak boleh memicu kepada kematian ramai orang. 




    

Rabu, 16 Disember 2020

SIAPA ITU HERCULES ?

Harini saya akan memperkenalkan seorang tokoh Rom yang tidak asing lagi bagi anda semua iaitu Hercules. Siapa itu HERCULES ? 

es.wikipedia.org
upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bc/...


Hercules adalah seorang tokoh Rom dari mitos Greece. Kisah Hercules juga telah diadaptasikan menjadi filem bahkan juga menjadi kisah untuk kanak- kanak. Hercules merupakan putera kepada Zeus iaitu seorang dewa teragung Olympia bersama Alcmena yang dipercayai wanita simpanan kepada Raja Zeus. 


Oleh yang demikian bermula lah kisah hidup Hercules in. Pada mulanya Hercules telah dilahirkan oleh Alcmena di Thebes namun Alcmena tidak mampu untuk menjaganya lalu menghantarnya ke Olympia. Jadi, Alcmena meletakkan Hercules di hadapan pintu masuk Olympus. Isteri kepada Raja Zeus cemburu dan tidak menyukai tentang kehadiran Hercules ITU mula melakukan pelbagai cara untuk mengusir Hercules. Antaranya ialah, ketika Hercules berumur 7 minggu, Hera (isteri Zeus) telah menghantar seeokor ular berbisa untuk membunuh Hercules yang sedang tidur. Namun, berlaku yang sebaliknya pula. Hercules yang masih kecik itu yang membunuh ular tersebut. Jadi, raja Zeus mempercayai bahawa Hercules mempunyai kekuatan seperti dirinya. 


Hercules mula bekerja kepada Ara Maxima dan menjadi seorang juara dan seorang pejuang besar yang melindungi dunia. Ini kerana Hercules berjaya menewaskan banyak raksasa berbahaya di zaman nya itu. Pengorbanan dirinya diperoleh semasa pendakian ke alarm Olimpia dan diaambut oleh para dewa. Antaranya pengembaraan terbesar Hercules disebut dalam 12 Labour of Hercules. 

Khamis, 3 Disember 2020

ASAL USUL KUALA KANGSAR

 Kuala Kangsar adalah sebuah Bandar Diraja dan merupakan salah satu bandar bersejarah di Perak.

 

Uploading: 1996781 of 1996781 bytes uploaded.
https://i2.wp.com/www.lokalocal.com/blog/wp-content/uploads/2019/08/Kuala-Kangsar-Things-to-DO.jpg?fit=1200%2C628&ssl=1

    Pada zaman dahulu, para penduduk menggunakan sungai jalan perhubungan dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini kerana kawasan tersebut berhutan tebal serta berdekatan dengan sungai. Sungai Perak yang mengalir dari hulu hingga hilir di sebelah selatan.

    Tersebutlah kisah Sultan Muzaffar iaitu raja pertama di negeri Perak menyusur ke pantai Selat Melaka bersama rombongannya. Maka, tibalah baginda di suatu muara sungai lalu baginda pun berhentilah untuk berehat dan berkampung namun tempat itu tidak sesuai untuk bersemayam. Jadi baginda meneruskan perjalanan untuk mencari kawasan untuk bersemayam. Maka banyaklah anak sungai yang dilewati namun tiada satu pun sesuai untuk baginda bersemayan.

    Baginda meneruskan perjalanannya lagi sehingga tiba di suatu sungai. Tiba-tiba salah seorang pengayuh tercampak dalam sungai tersebut dan tidak dapat diselamatkan. Maka baginda bertitah untuk menamakan sungai tersebut sebagai Lubuk Buaya. Manakala Kuala Sungai Cermin pula dinamai kerana air sungainya yang amat dingin dan jernih. 

    Maka tibalah di suatu anak sungai yang mengalir perlahan ke Sungai Perak. Kemudian baginda bertitah untuk berehat sebentar di situ. "Kita singgah di sungai itu, nampaknya kawasan itu cantik dan rata. Oh ya ditepi tebing juga ada bukit" kata baginda. Baginda bertanya kepada bendaharanya " Anak sungai ke berapakah ini ?". Maka dia menjawab " Ini anak sungai yang kesembilan puluh sembilan tuanku". "Oh maknanya ini kuala kurang seratus" kata baginda. Lalu baginda berhajat untuk memberi nama tempat tersebut sebagai Kuala Kurang Satu. Dan lama kelamaan penduduk di situ memanggil tempat tersebut sebagai Kuala Kangsar kerana mereka mula memudahkan panggilan tersebut dari zaman ke zaman. 





Selasa, 1 Disember 2020

SUPRISEBOX !!!

 HAI SEMUA !!!! 

Birthday best friend anda dah dekat tapi tak beli hadiah lagi ? Anniversary pon dah dekat tapi belum sediakan apa-apa lagi ? Nak hadiah yang special tapi dengan harga yang berpatutan ? Mudah sahaja. Sini saya kongsikan beberapa jenis kotak coklat untuk 'suprise' kan si dia. Hanya order dan sampai >< Semuanya ada di @nawa.shop_

SET SUPRISE BOX ADA MACAM-MACAM JENIS TAU 


Mari-mari kita tengok set suprise box apa yang menanti anda



1) SET MEDIC KIT 

Covid-19 masih menghantui ? Risau orang di sana sakit.. set medkit ini sesuai untuk anda ;)


2) SET HAPPY BOX
Set happy box ini sangat sesuai untuk diberikan hadiah hari jadi tau. Baru orang di sana rasa manis-manis sahaja ;)



 3) SET PREMIUM BOX

Set ini sangat sesuai kepada orang yang gilakan ramen tau.. jangan risau boleh add-on coklat kegemaran anda juga ;)

 Banyak lagi jenis set suprise box yang  menanti anda !! Jadi 'come and grab yours' di @nawa.shop_ (instagram) sekarang !



POLAROID GLOSSY !!!

Hai semua ! Perlukan perkhidmatan cuci gambar? Tidak perlu risau lagi. Mari singgah di igshop @nawa.shop_ untuk lebih lanjut !!  Ini adalah ...