Seperti yang kita tahu, Kisah Romeo dan Juliet merupakan antara karya William Shakespeare yang terkenal di kalangan pembaca dan kisah ini juga telah dilakonkan semula dalam bentuk teater mahupun filem. Jadi, disini saya ingin menceritakan secara keseluruhan mengenai Rromeo dan Juliet.
https://kbimages1-a.akamaihd.net/cd5d681a-a30f-4576-be4c-dac1c221c85a/1200/1200/False/romeo-and-juliet-170.jpg
Kisah Romeo dan Juliet ini berkisarkan tentang percintaan sepasang kekasih yang hubungannya tidak direstui oleh kedua-dua orang tua mereka. Romeo merupakan anak lelaki daripada keluarga Mortague iaitu musuh ketat kepada keluarga Capulet. Kelurga Capulet ini mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Juliet yang akan dikahwinkan oleh pemuda dari Kerabat Escalus iaitu Count Paris. Putera Verona telah mengishtiharkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang menganggu ketenteraman Verona. Tuan Capulet telah memutuskan untuk mengadakan majlis di kediaman mereka sebagai pertemuan Paris dan Juliet. Namun, sebaliknya yang berlaku ketika majlis itu berlangsung.
Kisah ini diteruskan apabila sepupu Romeo iaitu Benvolio serta rakannya Mercutio mengajak Romeo untuk menyertai mereka ke majlis di kediaman keluarga Capulet. Walaupun pada mulanya Romeo menolak ajakan mereka namun setelah itu dia bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut dengan niat ingin bertemu dengan Rosaline. Hal ini kerana, Romeo masih tidak boleh melupakan Rosaline yang menolak cintanya. Rosaline juga merupakan salah seorang anak saudara kepada Keluarga Capulet. Ketika di majlis tersebut, Romeo sibuk mencari Rosaline namun kelibat Rosaline masih tidak dapat temui. Jadi, Romeo terus mencari di sekitar kawasan majlis tersebut. Tiba-tiba, Romeo terlihat seorang wanita yang sedang berdiri di beranda kamarnya. Disitu bermulalah 'babak beranda' antara Romeo dan Juliet.
Sepupu Juliet iaitu Tybalt sedar mengenai kedatangan Romeo ke majlis tersebut dan dia cuba untuk membunuh Romeo namun sempat dihalang oleh bapa Juliet kerana tidak mahu berlakunya pertumpahan darah di majlis itu. Selepas selesai majlis tersebut, Romeo menyusup masuk ke kebun bunga kediaman Capulet lalu dia terdengar Juliet bersumpah di tingkap berandanya untuk mencintai Romeo sungguhpun keluarganya sangat membenci Keluarga Montague. Jadi, Romeo membuat keputusan untuk mengahwini Juliet secara senyap, lalu mereka bertemu Rahib Laurance untuk menyempurnakan niat mereka. Rahib Laurance bersetuju untuk mengahwinkan mereka pada keesokan harinya atas sebab ingin mendamaikan persengketaan antara kedua-dua keluarga dengan mengahwinkan anak-anak mereka.
Tybalt yang masih tidak berpuas hati terhadap Romeo itu mula mencabar Romeo untuk bertarung dengannya namun ditolak Romeo kerana dia menganggap Tybalt sebagai keluarganya. Apabila Mercutio mendengar tentang hal itu, dia berasa tersinggung dengan kebiadapan Tybalt terhadap Romeo. Hal ini kerana Mercutio juga merupakan salah seorang dari Kerabat Esculus. Jadi, Mercutio pula mencabar Tybalt untuk bertarung dengannya bagi pihak Romeo. Tybalt bersetuju dan berlakunya pertumpahan darah antara Tybalt dan Mercutio. Akhirnya Mercutio tewas dalam pertarungan tersebut. Romeo yang sedih mendengar hal itu telah mencabar Tybalt untuk bertarung bagi menuntut bela terhadap kematian Mercutio. Tybalt mati dalam pertarungan tersebut. Putera Verona yang murka terhadap berita kematian salah seorang kerabatnya itu, bertindak mengusir Romeo dari Verona dan akan menjatuhkan hukuman mati sekiranya dia kembali.
Suatu malam, dengan senyapnya Romeo bermalam di kemar Juliet bagi menyempurnakan perkahwinan mereka. Juliet berasa sedih mengenai berita Romeo yang akan dibuang daerah itu namun disalah ertikan oleh bapanya. Tuan Capulet kemudiannya menyuruh anaknya untuk menjadi pengantin kepada Count Paris. Juliet meminta supaya majlis perkahwinannya itu ditanggungkan tetapi ditolak oleh ibunya.
Juliet yang risau mengenai hal itu terus berjumpa Rahib Laurance untuk mendapatkan pertolongan. Jadi, Rahid Laurance menawarkan Juliet sejenis ubat yang akan membuatnya koma selama 42 jam dan berjanji akan menghantarkan seorang utusan kepada Romeo untuk memberitahu mengenai rancangan mereka. Pada malam sebelum perkawinan Paris dan Juliet, Juliet telah mengambil ubat tersebut. Kesannya, dia seolah-olah tidak bernyawa. Ahli keluargannya meletakkan jasad Juliet di makam kelurga.
Namun demikian, Romeo mendengar berita mengenai kematian Juliet dahulu sebelum sempat mengetahui hal sebenar. Dengan hati yang sangat kecewa dan sedih, Romeo mengambil keputusan untuk melihat Juliet buat kali terakhir. Jadi, Romeo membeli racun dari apotekari lalu pergi ke makam Juliet. Setibanya di makam Juliet, Count Paris telahpun berada di situ dan menghalang Romeo untuk masuk kerana dia berfikir Romeo ingin membuat kekacauan di situ. Paris dan Romeo mula bertarung dan akhirnya Romeo membunuh Paris.
Romeo berdiri di sebelah kekasihnya dan masih mempercayai bahawa Juliet telahpun mati. Demi cintanya terhadap Juliet, Romeo meminum racun lalu rebah di tepi jasad Juliet. Juliet kemudiannya bangun, dia melihat Romeo yang sudah mati lalu menikam dirinya dengan pisau belati milik Romeo. Kemudian, seluruh kerabat Capulet dan Mortague serta Putera Verona pergi ke makam dan melihatkan mayat-mayat mereka. Rahib Laurance menceritakan tentang kisah cinta antara Romeo dan Juliet yang tidak direstui takdir. Kedua-dua kerabat itu berasa sedih lalu berjanji akan menamatkan persengketaan mereka. Kisah ini berakhir dengan kata-kata dari Putera Verona iaitu " For never was a story of more woe than this of Juliet and her Romeo " ( Kerana tiada kasih yang lebih memilukan dari kisah Juliet dan Romeo-nya)