WUJUD KE DINASOUR TU ? Harini saya akan mengulas sedikit tentang kewujudan reptilia besar ini.
Dinasour atau dikenali sebagai dinosaurus adalah binatang raksasa yang hidup dari zaman prasejarah yang termasuk dalam kelompok reptilia bumi ( makan daging / tumbuhan). Istilah " dinosaurus" ditemui oleh Sir Richard Owen pada tahun 1842 yang bermaksud 'mengerikan, kuat dan hebat'- (deinos) dan ( saurus)- kadal. Dicantumkan menjadi DINOSAURUS.
Dipercayai wujudnya dinasour ini pada kurun abad keempat iaitu masa Paleozik iaitu pada zaman Mesozoik. Jadi Zaman Mesozoik ini terbahagi kepada tiga masa zaman. Yang pertama adalah zaman Triasik. Kemudian diikuti diikuti zaman Jurasik dan zaman Kretaseus. Perkiraan mengenai kewujudan sebenar Dinasour ini masih tidak dapat dipastikan secara tepat kerana perkiraan adalah sangat variasi.
Hal ini disebabkan oleh catatan fosil dinasour ini tidak lengkap kerana batuan untuk beberapa period waktu geologis tidak umum ni muka bumi. Ini menyukarkan para arkeologi untuk membuat kajian secara tepat dan benar. Hanya beberapa spesis sahaja dapat dikenalpasti oleh para geologis. Para saintis berpendapat bahawa terdapat sebanyak 500 generasi dinasour yang berbeza serta lebih daripada 1000 spesis yang beragam. Ini juga menunjukkan terdapat dinasour yang herbivora (makan tumbuhan) dan karnivora (makan daging)
Antara dinasour yang telah dikenalpasti adalah Tyronnosaurus Rex, Triceratops, Velociraptor, dan lain- lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan